Penyanyi Indonesia bernama Firman Rahmat Siagian ini mengakui sudah rimas dan bosan kerana masih dikaitkan dengan lagu Kehilangan yang pernah menaikkan namanya sejak empat tahun lalu.
Bukan lelaki berusia 35 tahun ini bersikap seperti kacang lupakan kulit atau jauh sekali untuk dia menidakkan populariti lagu pop itu.
Namun, jelas penyanyi berasal dari Bandung ini, lagu ciptaan Charly ST12 itu tidak wajar dikaitkan dengan namanya terus-menerus kerana sebagai penghibur dia mahu berkongsi karya-karya baru dengan khalayak.
“Saya akui lagu itu besar ertinya buat kerjaya saya tapi lagu itu empat tahun lalu. Sekarang kita bercerita mengenai masa kini.
“Sebagai penyanyi sudah tentu saya mahu dilihat sebagai karyawan yang berkembang dan bukan hanya dikenali dengan satu lagu,” katanya kepada RAP ketika kunjungan sulungnya ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment