Saya rasa belum ada kambing yang samseng seperti kambing di dalam video ini.
Kerjanya menanduk orang tidak kira siapa sahaja yang lalu lalang didepannya ataupun yang cuba menghalangnya.
Video selama 2:46 itu dikongsikan di laman Facebook Meletop Video menunjukkan seekor kambing bersaiz agak besar yang mungkin sedang mengamuk dan menyerang sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya.
Sesungguhnya kalau kambing ini ada di kampung di Malaysia sudah pasti ianya bakal disembelih dan dijadikan hidangan kenduri kendara oleh penduduk kampung.
Apapun, kalau dilihat dari video lokasi kambing yang samseng ini mungkin di luar negara seperti di Eropah kerana kebanyakannya dilihat berkulit putih.
Kambing ini sememangnya dilihat berbahaya kerana menyerang sesiapa sahaja.
Paling menarik kalau kita lihat seorang lelaki yang berbadan sedikit gempal seperti dalam perlawanan “Laga Lembu” lagaknya cuba berhadapan dengan si kambing ganas itu.
Sudahnya, kami pun tidak tahu apa nasib si kambing jantan yang ganas ni.
OLEH : IBNU K
0 comments:
Post a Comment