Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

KLANG – Sepuluh buah kenderaan yang diletakkan di perkarangan sebuah bengkel musnah dalam satu kebakaran di Jalan Raja Nong, Taman Sentosa di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga jentera dari Balai Bomba Andalas, Pelabuhan Klang dan Kota Raja dengan seorang pegawai serta 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira 2.50 petang tadi.

“Sepuluh kenderaan itu antaranya Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Proton Wira, diletakkan di luar bengkel berikutan mengalami pelbagai kerosakan akibat kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian.

Bengkel itu tidak dibuka hari ini. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment