Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Kegembiraan tiga rakan menghabiskan cuti persekolahan dengan bermandi-manda di Sungai Terengganu dekat Manir, di sini berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka lemas, petang semalam.

Dalam kejadian pada 5.20 petang itu, mangsa yang lemas dikenali sebagai Mohd Izzat Haikal Razali, 10, manakala dua lagi rakannya berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari insiden itu.

Seorang saksi Kamal Salleh, 32, berkata ketika itu beliau baru selesai mendirikan solat Asar di surau berhampiran sebelum dikejutkan dengan jeritan meminta tolong.

Kamal yang bekerja di kawasan mengorek pasir itu berkata sebaik sampai di tepi sungai, tanpa memikir panjang beliau terus terjun ke dalam sungai selepas melihat seorang kanak-kanak kelihatan terkapai-kapai dalam keadaan lemah.

“Sebaik berjaya membawa naik kanak-kanak itu, saya dimaklumkan masih ada seorang lagi yang turut lemas bersamanya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mangsa Mohd Izzat sudah tenggelam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 6.40 petang semalam oleh pasukan penyelamat.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari Kuantan itu dijumpai di dasar sungai, kira-kira lima meter dari kawasan mangsa dilaporkan lemas.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment