Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

MEMANG susah hendak memuaskan hati semua orang.

Itulah yang dihadapi oleh pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila hubungannya dengan teman lelaki, Hanif Zaki dikatakan bermasalah gara-gara jarang membawa jejaka itu ke acara hiburan seperti sebelum ini.

Menerusi mStar Online, pelakon itu berkata tiada masalah yang berlaku antara mereka, sebaliknya dia bimbang ada pihak yang kurang senang jika melihat Hanif kerap bersamanya.

“Dia adalah pemangkin semangat saya dan dia sentiasa ada apabila saya dalam keadaan susah dan senang. Pun begitu, mencampurkan urusan peribadi dengan kerjaya bukan sesuatu yang baik.

“Biarpun dia sering risau apabila ada kontroversi melanda, saya tidak mahu dia mencampuri perkara itu kerana enggan mengheretnya dalam masalah yang sama,” jelasnya.

Hai, biarlah Anzalna. Buat apa pun, masih ada manusia yang tak akan senang melihat kebahagiaan orang lain.

Diharap hubungan kedua-duanya akan terus kekal hingga ke jinjang pelamin suatu hari nanti.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment