Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

TAWAU – Dua buah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Bombalai di 19.2 kilometer dari pusat bandar, awal hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzex berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.50 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian bersama dua jentera serta sembilan anggota.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kebakaran telah merebak 80 peratus memusnahkan bangunan kedai sementara (jenis papan) melibatkan kedai runcit dan kedai kopi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya dapat mengawal api pada pukul 3.13 pagi dalam tiga jam operasi.

Rudy berkata tiada kemalangan jiwa berlaku manakala punca kebakaran dan kerugian masih disiasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment