Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

LUBOK TAPAH – Seorang warga emas di Kampung Jebok Puyoh terpaksa mengikat tiang rumahnya di pohon Dokong kerana ia mencondong dan hampir roboh.

Ibrahim Muda, 80, berkata, kesempitan hidup memaksanya membina rumah menggunakan kayu terpakai dan bertiangkan buluh.

Menurutnya, dia akan menadah air hujan bagi kegunaan harian manakala pelita untuk menerangi waktu malam.

Namun, cuaca panas ketika ini menyebabkan Ibrahim terpaksa berjalan hampir 150 meter semata-mata mahu mendapatkan air bersih dari rumah jiran.

Menurutnya, dia masih menggunakan pelita kerana tidak mampu untuk melunaskan bil elektrik.

“Walaupun rumah ini hampir roboh, namun saya terpaksa tinggal di sini kerana inilah satu-satunya harta yang saya ada. Bagi mengelakkan ia roboh, maka saya ikat tiang menggunakan tali ke pokok dokong dan menyandarkan buluh di dinding.

“Disebabkan saya menggunakan kayu terpakai, lantainya mula mereput maka saya terpaksa menutupnya dengan kayu lain dan buluh sebagai penyokong di bahagian bawah rumah,” katanya.

Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sedikit sebanyak dapat membantunya mendapatkan bekalan makanan harian. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment