Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 15, 2014

No Comment

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan tiga kapalnya membuat rondaan di Selat Melaka dalam usaha membantu misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Menurut seorang pegawai APMM, operasi agensi itu melibatkan enam sektor di utara Selat Melaka dan operasi dilakukan 24 jam,.

“Operasi di Selat Melaka berjalan seperti biasa setiap hari,” katanya kepada pemberita yang mengikuti operasi itu hari ini.

APMM membawa 24 wakil media termasuk dua dari Guangzhou, China untuk turut serta dalam operasi mencari itu. Mereka dibawa ke sekitar Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Bukit Malut di sini.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment