Alor Gajah – Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kampung Lekok-Paya Rumput, Masjid Tanah, di sini, jam 1.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, motosikal ditunggang anggota sukarelawan polis (SP) Hairul Anwar Idris, 20, bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang Muhamad Aiman Ridauddin Ramley, 17, dan pembonceng Muhammad Firdaus Hassan, 16.
Ia menyebabkan Hairul Anwar dan Muhamad Aiman Ridauddin meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Firdaus disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah.
“Motosikal Demak dibonceng Muhamad Aiman Ridauddin dan Muhammad Firdaus datang dari arah Masjid Tanah menuju ke rumah mereka di Taman Seri Aman dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan motosikal Yamaha 125Z ditunggang Hairul Anwar yang datang dari arah Paya Rumput ke Masjid Tanah.
“Hairul Anwar dan Muhamad Aiman Ridauddin cedera parah di kepala serta badan, manakala Muhammad Firdaus yang parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika dirawat. – myMetro Online
0 comments:
Post a Comment