Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

Kerajaan Australia hari ini memaklumkan mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan penerbangan pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH370 jika ia terbang dekat dengan negara benua itu.

Perdana Menterinya Tony Abott memaklumkan sedemikian ketika ditanya apakah pihak berkuasa ada mengesan pesawat MH370 dekat dengan Australia memandangan kawasan persisir pantai baratnya bersempadan dengan Lautan Hindi.

“Saya tidak ada maklumat seperti itu.. tetapi semua agensi yang boleh membantu sedang menyemak data mereka untuk melihat apakah ada maklumat yang boleh membantu untuk memahami misteri ini,” katanya menurut laporan AFP.

Siasatan setakat ini mendedahkan pesawat MH370 itu telah dengan sengaja dilencongkan daripada laluan asalnya dan terbang beberapa jam selepas lencongan itu, sama ada menuju ke utara di sekitar rantau Asia Tengah atau ke selatan sampai ke Lautan Hindi.

Sebelum ini, pegawai penerbangan di Pakistan dan India juga menafikan pesawat MH370 ada memasuki ruang udara dua negara itu dan jika ada sekalipun, ia sudah pasti dapat dikesan oleh radar tentera.

Australia mengerahkan dua pesawat peninjau Orion untuk membantu usaha mengesan pesawat jenis Boeing 777-200 itu yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing semasa ia hilang.

Menurut Abbott, sebuah daripada pesawat itu kini sudah dikerahkan pula ke Lautan Hindi.

“Saya akan menghubungi Malaysia hari ini untuk melihat kemungkinan bantuan tambahan yang boleh Australia tawarkan,” katanya.

Enam warga Australia adalah antara 239 orang yang menaiki pesawat penerbangan MH370 dan ahli keluarga serta waris mereka masih berharap mereka masih hidup.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi ia mungkin dirampas dan itu memberikan saya harapan,” kata David Lawton kepada Australian Broadcasting Corporation pada Isnin.

Adiknya, Bob “Pada zaman ini dengan teknologi yang ada, kita rasa mereka boleh mencarinya tetapi tidak. Saya tidak salahkan sesiapa. Saya hanya mahu tahu nasib mereka,” tambahnya.

0 comments:

Post a Comment