Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

Masihkah anda ingat pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif aplikasi Whatsapp, Jan Koum di mana aplikasi tersebut bakal memperkenalkan perkhidmatan panggilan telefon menjelang tahun 2014?

Bagi mereka yang ingin tahu, laman web iPhoneItalia baru-baru ini telah mengambil beberapa imej ciri baru yang diperkenalkan oleh aplikasi terkenal ini pada peranti iOS yang kelihatan hampir sama seperti paparan panggilan telefon bagi iOS7.1.

Menurut iPhoneItalia, perkataan “Whatsapp Call” akan tertera di bahagian atas skrin setiap kali panggilan telefon dibuat melalui Whatsapp.

Seperti perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi lain, panggilan telefon ini adalah percuma, melainkan jika syarikat telekomunikasi tempatan mengikut langkah yang diambil oleh syarikat telekomunikasi Singapura SingTel yang mengenakan cas bagi aplikasi yang sama pada pengguna mereka.

Dengan ciri baru yang diperkenalkan oleh Whatsapp, adakah anda akan setia bersama aplikasi ini atau berpindah ke aplikasi lain seperti Telegram?

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment