Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

BARCELONA – Jaringan pada separuh masa kedua Lionel Messi dan Dani Alves memastikan Barcelona menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ketujuh berturut-turut selepas menumpaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou, awal pagi tadi.

Barca mara dengan kemenangan agregat 4-1.

City yang berhajat menjadi pasukan pertama bangkit selepas tewas 2-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir, namun gagal berbuat demikian.

Namun, City memperoleh peluang untuk mehdahului tuan rumah namun penjaga gol Barca, Victor Valdes menafikan percubaan Samir Nasri dan Edin Dzeko pada separuh masa pertama.

Penguasaan Barca terserlah menerusi jaringannya pada minit ke-67 sebelum Vincent Kompany menyamakan kedudukan pada minit ke-89.

Alves bagaimanapun cemerlang untuk menyumbat gol kemenangan dua minit kemudian sebelum tamat masa permainan.

Sebelum itu, City menerima tamparan apabila terpaksa bermain 10 pemain apabila Pablo Zabaleta memperoleh dua kad kuning, sekali gus terpaksa keluar padang. – AFP

0 comments:

Post a Comment