Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

DENGAN kehilangan pesawat MH370, beberapa media asing mula memainkan peranan mereka dalam usaha untuk memburuk-burukan Malaysia di mata dunia.

Boleh dikatakan segala macam isu diputarkan untuk menunjukkan bahawa apa yang berlaku adalah kerana ‘kesilapan’ Malaysia.

Bagaimanapun, dalam keghairahan itu, mereka sebenarnya tidak cukup mengenali negara ini.

Sebagai contohnya, kesilapan yang dilakukan oleh saluran berita Times Now, India ini boleh dianggap memalukan.

Lokasi Kuala Lumpur pada peta yang ditunjukkan sewaktu lintas langsung ternyata salah sama sekali.

Sewenang-wenangnya Kuala Lumpur ditandakan di Negara Brunei Darussalam yang juga berhampiran dengan Sabah.

Kalau peta pun sudah salah, bagaimana agaknya dengan informasi yang disampaikan ya?

Oleh: ELZA

(Sumber: Facebook Oh!Media)

0 comments:

Post a Comment