Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

SETIU – Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Setiu dilapor hilang di kawasan Hutan Simpanan Kampung Bukit Payong, Sungai Tong sejak Rabu.

Wan Saidi Amri Wan Jusoh, 40, dilapor memasuki kawasan hutan itu bersama empat petugas jabatan tersebut dengan pacuan empat roda kira-kira 8.32 pagi bagi membuat pembancian pokok.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata mangsa disedari hilang apabila kumpulan itu bersiap sedia untuk pulang kira-kira 2 petang.

Beliau berkata laporan kemudiannya dibuat di Balai Polis Sungai Tong yang disusuli dengan gerakan mencari hingga lewat petang.

Usaha mencari diteruskan pagi ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment