Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

BOMOH VIP Ibrahim Mat Zin hari ini mengelak daripada ditemubual pihak media dengan alasan sibuk menghadiri program di Kajang.

Kalau di Kajang tu, pastinya program berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang dijadualkan pada 23 Mac nanti.

PRK itu mensajikan pertemuan dua penjuru antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Wartawan SiakapKeli pada mulanya ingin bertemu Ibrahim di sebuah restoran di bandar Kajang kerana katanya beliau berada di sana.

Setibanya kami di sana, beliau memaklumkan melalu telefon bahawa lokasi dia berada sudah bertukar. Menurut Ibrahim lagi, minggu ini dia akan sibuk menghadiri beberapa program di Kajang.

“Saya sudah bergerak, tetapi masih di Kajang.. Saya sibuk lah hari ini, banyak program kena hadiri.

“Saya sibuklah dalam minggu ini, hadir banyak program, tak perlu jumpalah,” katanya ketika dihubungi wartawan SiakapKeli

Cubaan seterusnya untuk menghubungi beliau kerana beliau enggan mengangkat telefon dan memutuskan deringan.

Sibuk sungguh Raja Bomoh di Kajang, dalam pada menerima kritikan kerana majlis yang dilakukannya menyalahi syariat Islam, banyak juga ye menerima program untuk dihadiri di Kajang.

Soalnya, pihak mana? atau dia sendiri mereka-reka cerita?

Berikut, penulis sertakan video parodi dihasilkan pengguna internet tentang apabila bintang filem seni mempertahankan diri Chuck Norris menonton televisyen berkaitan Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment