Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

FLORIDA – Kebiasaannya pemandu akan mengelak untuk membayar cukai jalan, namun berbeza dengan si kecil, Za’Dariyah Mishaw yang tidak sabar-sabar untuk membayar $4 di balai polis tempatan.

Za’Dariyah, dua tahun, sedang memandu kereta kecil di luar komplek apartmen rumahnya apabila polis menyamannya kerana memandu dengan laju.

Ketika itu, anggota polis, Christian Velasco bersama rakan sekerjanya sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan apabila dia melihat Za’Dariyah sedang memandu kereta tersebut.

“Dia memandu dengan laju. Kami mengambil masa untuk menangkapnya,’’ katanya.

Za’Dariyah berjaya dihalang oleh bapa saudaranya, Keyth Mishaw selepas dia menyaksikan anak saudaranya itu di lampu isyarat,

Menurut Mishaw, dia berterima kasih kepada polis kerana berjaya menghalang Za’Dariyah daripada memandu kereta kecil itu di jalan raya.

Keluarga mereka bagaimanapun masih terkejut dengan kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment