Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

LONDON – Seorang ibu kini dalam kebimbangan selepas anaknya yang berusia empat tahun ketagih makan permaidaini dan kain akibat penyakit autism dan Pica.

Keadaan itu menyebabkan Charlotte Cook sering menguyah fabrik berkenaan bagi menghilangkan ketagihan.

Ia membimbangkan ibunya, Nikki, jika kanak-kanak itu tercekik akibat makan benda berkenaan.

“Kebimbangan utama saya ialah dia akan tercekik, sekali gus membunuhnya.

“Ia merupakan satu ketagihan. Dia harus melakukannya (makan). Sofa itu berharga £2,700 namun rosak kerana dia menggigit fabrik sofa itu dengan gigi kemudian menelannya.

“ Charlotte mula mengunyah sofa dan barang mainannya sejak kecil,’’ katanya.

Menurut Nikki, anaknya itu juga peranah cuba makan alat kawalan jauh untuk televisyen dan tempat duduk dalam kereta.

Setakat ini doktor masih belum dapat merawat penyakit berkenaan dan ini membimbangkan Nikki kerana mereka sekeluarga tidak mendapat sokongan.

0 comments:

Post a Comment