Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

INDIA – Seorang wanita terkejut selepas mendapati bayi yang dikandungnya berkepala dua, hanya seminggu sebelum  dia bersalin di sebuah hospital di Haryana, pagi semalam.

Urmila Sharma, 28, melahirkan bayi berkenaan melalui pembedahan dan bayi yang dikandungnya itu mempunyai dua kepala, dua leher dan dua tulang belakang namun hanya mempunyai satu badan.

Dia tidak melakukan imbasan ultra sound sebelum ini kerana tidak mempunyai wang dan terlalu miskin.

Bayi yang masih belum diberikan nama itu masih dalam pemerhatian dan di bawah unit rawatan rapi.

Doktor bagaimanapun bimbang dengan keadaan bayi itu dan dikatakan mempunyai peluang hidup yang tipis.

“Keluarga berkenaan amat tertekan dan kita akan melakukan sebaik mungkin untuk membantu mereka,’’ kata Dr Shikha Malik.

Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan ke atas bayi berkenaan apabila keadaannya stabil.

Urmila dan suaminya, Subhash, 32,  mempunyai seorang lagi anak perempuan dan akibat kemiskinan, mereka tidak menyedari mengenai komplikasi berkenaan ketika mengandung.

0 comments:

Post a Comment