INDIAN WELLS, Amerika Syarikat – Juara Terbuka Australian, Li Na menempah tiket separuh akhir kejohanan tenis Indian Wells dengan kemenangan 6-3, 4-6, 6-3 ke atas Dominika Cibulkova.
Pemain nombor dua dunia dari China itu yang juga pilihan utama kejohanan, mengambil masa dua jam dan 36 minit untuk menundukkan pemain dari Slovakia itu.
Li akan menemui pemain veteran Itali, Flavia Pennetta pada separuh akhir.
Pennetta mengenepikan pemain dari Amerika Syarikat, 6-4, 5-7, 6-4.
Satu lagi saingan separuh akhir adalah antara pemain pilihan kedua, Agnieszka Radwanska dan Simona Halep dari Romania. – AFP
0 comments:
Post a Comment