Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

LABIS – Dua sahabat baik yang dipercayai sedang khayal bergaduh sesama sendiri di sebuah ladang dekat sini, sehingga mengakibatkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kejadian berlaku jam 7.30 malam kelmarin di ladang tersebut apabila dua sahabat baik berusia 54 dan 43 tahun itu bertekak mengenai musim kemarau yang melanda negeri ini.

“Salah seorang daripada mereka meramalkan hujan dalam masa terdekat di daerah ini, namun salah seorang daripada mereka menafikannya bahawa dua minggu lagi akan hujan.

“Perbualan itu kemudian mencetuskan pergaduhan apabila salah seorang daripada mereka menyerang rakannya itu menggunakan parang dan rakannya itu bertindak mempertahankan diri dan menyerang menggunakan topi keledar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, jiran yang mengetahui pergaduhan itu menghubungi polis dan lelaki berumur 54 tahun itu luka dan bengkak di mata kiri dipercayai dipukul menggunakan topi keledar.

Sementara itu, rakannya yang berumur 43 tahun cedera dan luka di kepala, belakang badan, tangan kanan, lengan dan telinga kiri sehingga mengakibatkan kedua-duanya menerima rawatan di pusat perubatan di sekitar daerah ini.

“Anggota saya yang tiba di lokasi kejadian terkejut apabila mendapati kedua-dua mereka sedang ketawa terbahak-bahak walaupun cedera.

“Mereka juga dipercayai sedang khayal ketika kejadian dan ujian air kencing juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis dadah yang diambil,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana pergaduhan menggunakan senjata tajam dan tiada unsur kongsi gelap dan tahanan reman akan dijalankan sebaik kedua-dua mereka dibenarkan keluar dari pusat perubatan itu. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment