Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

Masalah jerebu di Malaysia kini memasuki tahap bahaya hinggakan sekolah di Klang, Selangor ditutup pada hari ini.

Hal ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Klang semalam sudah mencapai tahap sangat tidak sihat iaitu 233.

IPU dibaca sebagai baik untuk 0 hingga 50, sederhana (51 hingga 100), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

IPU dikira berdasarkan lima pencemaran utama udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen oksida (NOx), asap kabut (ground level ozone) (O3), karbon monoksida (CO) dan zarah berdiameter bawah 10 mikrometer (PM10).

Sekolah di Klang akan kembali dibuka bergantung kepada bacaan IPU yang lebih baik.

Selain Klang, tempat lain yang mencatat paras IPU tidak sihat adalah Banting (189), Kuala Selangor (179), Petaling Jaya (159), Putrajaya (168), Batu Muda, Kuala Lumpur (163) dan Nilai (172).

Sebagaimana kata Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail sebelum ini, keadaan jerebu yang kian teruk di Malaysia sebenarnya diburukkan oleh sikap rakyat ini sendiri termasuk melakukan pembakaran terbuka.

Malah setakat kelmarin, Che Gayah menyatakan terdapat 600 pembakaran terbuka dikesan berlaku di seluruh negara.

Sepatutnya rakyat Malaysia sedar bahawa pembakaran harus dielakkan dalam keadaan cuaca kering sekarang.

Sikap buruk begini bukan sahaja menyusahkan satu negara tapi menganiaya jabatan bomba dan penyelamat yang terpaksa bekerja keras memadam kebakaran yang disebabkan oleh kecuaian segelintir kita.

Di bawah, SiakapKeli paparkan print screen status Facebook salah seorang anggota bomba yang kepenatan.


Tidakkah kita kasihan membaca status tersebut?

Justeru, tolonglah jadi seorang rakyat yang lebih ‘bertamadun’ selepas ini untuk kebaikan bersama. – REM RAMZI

Sumber: MALAYSIAN INSIDER / FACEBOOK

0 comments:

Post a Comment