Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara meneruskan cabaran ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England, hari ini.

Pada pusingan suku akhir akhir awal pagi tadi waktu tempatan, Chong Wei nyata sukar ditandingi apabila mudah menyingkirkan pemain muda, Kento Momonta dari Jepun dengan straight set 21-14 dan 21-18.

Menanti Chong Wei pada pusingan seterusnya ialah Son Wan Ho dari Korea Selatan yang menewaskan pemain berpengalaman Kenichi Tago dari Jepun, 21-15 dan 21-17, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Juara bertahan, Chen Long dari China pula terpaksa bermain selama sejam 18 minit untuk mengenepikan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, 18-21, 21-11 dan 21-14 untuk mara ke separuh akhir.

Pemain nombor dua dunia itu akan menentang rakan sepasukannya Wang Zhengming dalam perlawanan seterusnya.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beregu lelaki negara, Hoon Tien How-Tan Wee Kiong apabila mereka kalah kepada Gideon Markus Fernaldi-Markis Kido dari Indonesia, 18-21 dan 12-21. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment