Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

SAN FRANCISC – Apple kini sedang menjalin kerjasama dengan pengeluar kereta utama dunia bagi menjadikan aplikasi iPhone mudah digunakan pemandu ketika mereka berada di atas jalan raya.

Sistem itu yang diumumkan hari ini membolehkan iPhone digunakan dalam kereta bagi membolehkan pemandu mencari peta, menjawab panggilan dan memainkan muzik dengan arahan suara atau sentuhan di papan pemuka kenderaan mereka.

Apple Inc. menggelarkan teknologi itu sebagai “CarPlay.” Ia diubah daripada nama asalnya, “iOS in the Car,” yang diberikan Jun lalu ketika Apple mengumumkan rancangannya untuk menjadikan sistem operasi telefon bimbit lebih serasi dengan kenderaan.

Ferrari, Mercedes-Benz dan Volvo sedang menilai CarPlay minggu ini di Pameran Automobil di Geneva manakala pengeluar kereta lain turut merancang menggunakan CarPlay.

CarPlay memerlukan perisian terkini Apple iaitu iOS 7 dan iPhone 5, 5C atau 5S. – AP

0 comments:

Post a Comment