Ramalan ribut petir dan angin kencang yang bakal melanda lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hari ini bakal menjejaskan operasi itu ketika usaha mengesan pesawat berkenaan disemarakkan oleh data satelit terbaru semalam.
Misi hari ini kebanyakannya kembali bersemangat selepas mendapat petunjuk baru iaitu data imej satelit dari Airbus Defence And (ADAS) Space di Perancis yang diterima Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).
Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata data satelit berkenaan dirakamkan Airbus pada 23 Mac menunjukkan ia mengesan 122 objek di kawasan seluas 400km persegi di selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun sehingga hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal mengesahkan sama ada kesemua objek yang dikesan satelit adalah serpihan MH370.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaraskan operasi mencari di lokasi sejauh 2,500km dari Perth memaklumlah bahawa gerakan SAR telah berada dalam kawasan lokasi yang dipercayai tempat pesawat MH370 mungkin terhempas.
“Lokasi yang dirakamkan satelit seperti yang dimaklumkan oleh ARSM sama dengan lokasi pencarian pada semalam,” kata AMSA.
Enam pesawat tentera dari Australia, Jepun dan Amerika Syarikat akan membuat penerbangan hari ini bersama dengan lima pesawat awam.
Ramalan cuaca buruk dikeluarkan oleh Biro Meteorologi Australia (BMA) yang menyebut cuaca akan menjadi semakin buruk lewat hari ini.
“Turut diramalkan berlaku ribut petir di kawasan pencarian dan tiupan angin semakin kencang serta ia mungkin menjadi lebih berbahaya,” kata jurucakap BMA.
0 comments:
Post a Comment