KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat di beberapa bahagian sekitar Sabah dan Sarawak dijangka berterusan sehingga awal petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Kudat (Daerah Pitas) dan Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan).
Pada masa sama, keadaan ini diramal turut berlaku di Sarawak melibatkan bahagian Mukah, Sibu, Sarikei, dan Betong (Daerah Saratok dan Betong), Sri Aman (Daerah Sri Aman), Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan dan Simunjan) dan Kuching (Daerah Kuching).
Keadaan ribut petir dan hujan lebat ini mungkin menyebabkan berlakunya angin kencang di kawasan terlibat. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment