Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan DAP untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan bekas Ketua Cawangan Bagan Luar DAP, G. Asoghan berhubung pemecatannya sebagai anggota parti.

Hakim Mahmud Abdullah dalam keputusannya turut memerintahkan Asoghan membayar kos RM3,000 kepada defendan.

Dalam penghakimannya, Mahmud berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan plaintif dan membuat apa-apa keputusan sesebuah partipolitik mengenai apa jua perkara berdasarkan Seksyen 18(c) Akta Pertubuhan 1966.

“Kuasa mahkamah adalah terhad dalam isu yang dibangkitkan oleh plaintif. Dengan itu, permohonan dibenarkan dengan kos RM3,000,” katanya.

Sementara itu, peguam Asoghan, V. Amareson berkata pihaknya akan membuat rayuan.

“Kita mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Kami akan lawan sehingga ke akhir,” katanya.

Peguam Ram Karpal Singh mewakili defendan.

Pada Jun tahun lepas, Asoghan, 56, memfailkan saman berkenaan dan menamakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai serta Setiausahanya Tai Sing Piau serta anggota jawatankuasa parti itu M. Kulasegaran, Dr P. Ramasamy dan Lim Hock Seng sebagai defendan.

Asoghan mendakwa pemecatannya tidak sah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik melalui pemilihan pada 15 Dis 2012. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment