KUCHING – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membatalkan semua acara berbentuk hiburan sempena sambutan Earth Hour 2014 pada Sabtu ini, sebagai menghormati tragedi MH370.
Pegawai Perhubungan Awam DBKU, Norhayati Bidin dalam satu kenyataan berkata, pembatalan membabitkan lima program iaitu senamrobik, sukaneka, pertandingan fesyen, persembahan ‘eco-band’ dan acara bermukun (bergendang).
Acara lain yang dirancang di Padang Merdeka di sini pada Sabtu ini bagaimanapun diteruskan, katanya.
DBKU juga mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terlibat dan meminta penduduk di bandar raya ini berdoa untuk penumpang dan kru MH370, katanya. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment