Di sebalik pelbagai cerita kurang menarik yang melanda pasangan ini, namun pada tanggal 8 Mac lalu telah termeterai janji di antara dua jiwa apabila pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof sah bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana.
Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, mereka juga tidak terlepas daripada menikmati bulan madu romantis di Pulau Pinang.
Menurut ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail, pasangan ini juga bakal mengadakan majlis resepsi pada 18 April depan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, dengan anggaran 1000 tetamu yang bakal memeriahkan majlis meraikan pasangan tersebut.
“Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah berbulan madu ke Pulau Pinang.
“Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis dir umah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga,” katanya memetik kenyataan mStar.
Pasangan ini akan bersanding sekali dengan adik Syamsul, Syafiq yang akan bernikah dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pada 5 April depan.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment