BEIJING – Syarikat pengendali pelancongan utama China menamatkan kerjasama dan membatalkan tempahan dengan Malaysia Airlines (MAS) manakala syarikat lain menyaksikan penurunan tempahan berikutan timbul kebimbangan selepas kehilangan pesawat MH370, lapor media tempatan hari ini.
China Youth Travel Service berkata, pihaknya akan membatalkan semua tempahan dengan MAS dan menukar butiran tempahan termasuk menggunakan khidmat syarikat penerbangan lain.
“Selepas mengambil kira nahas yang membabitkan MAS baru-baru ini dan pelancong China bimbang terhadap rekod keselamatan syarikat itu, kami terpaksa menunaikan tanggungjawab bagi memastikan keselamatan rakyat kami,” kata kenyataan syarikat pelancongan itu. – AFP
0 comments:
Post a Comment