Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 27, 2014

No Comment

Pyongyang – Sanggupkan anda berambut seperti pemimpin Korea Selatan, Kim Jong Un? Jika anda berada di negara itu, anda tiada pilihan kecuali memotong rambut sepertinya.

Ini kerana, Jong Un telah mengeluarkan arahan kepada 12 juta lelaki di negara itu memotong rambut sepertinya.

Garis panduan fesyen rambut Jong Un itu dikeluarkan dua minggu lepas.

Potongan rambutnya ringkas, pendek dan dikikis di bahagian telinga.

Menurut media tempatan, rambut berkenaan lebih sinonim dengan penyeludup dari China, berbanding fesyen bagi seorang pemimpin negara.

“Ia tidak semestinya sesuai dengan semua orang kerana setiap orang mempunyai muka dan kepala yang berbeza bentuknya,’’ satu sumber memberita Radio Free Asia.

Peraturan baru itu membolehkan kaum lelaki memilih 10 fesyen berbeza manakala kaum wanita pula mempunyai 18 potongan untuk dipilih.

Pada 2005, stesen TV di Korea Utara telah melancarkan rancangan mempromosikan rambut pendek bagi kaum lelaki di negara itu.

Stesen televisyen itu juga telah memasang kamera tersembunyi bagi merakamkan mereka yang tidak mematuhi peraturan memotong rambut.

0 comments:

Post a Comment