Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 27, 2014

No Comment

Los Angeles – Mendiang L’Wren Scott yang juga kekasih Mick Jagger telah mewariskan hartanya bernilai RM30 juta kepada penyanyi kumpulan Rolling Stones itu.

Harta berkenaan termasuk sebuah kondominium, baju, barang kemas, perabot, kereta dan barangan peribadi yang lain.

Ia sekali gus mengenepikan dua adik angkatnya iaitu Jan Bambrough Shane serta Randy daripada mewarisi harta Scott.

Scott, 49, ditemui mati di apartmennya di Manhattan pada 17 Mac lalu. Mayatnya akan dikebumikan hari ini.

Dilahirkan dengan nama Luann Bambrough, dia dibesarkan bersama dengan Jan serta Randy dan meninggalkan rumah pada usia 17 tahun untuk membina karier sebagai pereka fesyen.

Dalam surat wasiatnya itu, Scott turut menulis `saya tidak pernah berkahwin. Saya tiada anak.’

Namun Scott kemudiannya memangkah perkataan `tidak’ tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Scott dan Jagger, 70, mula menjalin hubungan sejak 2001. Harta Jagger sendiri dianggarkan bernilai hampir RM1 bilion.

0 comments:

Post a Comment