INDIAN WELLS – Pemain nombor dua dunia , Novak Djokovic bangkit untuk menewaskan Roger Federer dalam tiga set pagi tadi untuk merangkul gelaran ATP Indian Wells Masters.
Djokovic mengalahkan Federer 3-6, 6-3, 7-6 (7/3) untuk meraih kejuaraan ketiga beliau di sini selepas menjuarainya pada 2008 dan 2011.
Pada pertemuan ke-33 antara dua gergasi tenis dunia itu, Djokovic membalas kekalahan kepada juara Grand Slam 17 kali itu pada saingan peringkat separuh akhir di Dubai bulan lalu. – Reuters
0 comments:
Post a Comment