MANCHESTER, England – Steven Gerrard menyempurnakan dua sepakan penalti dan Luis Suarez turut menemui gawang untuk Liverpool mengesahkan dominasi ke atas Manchester United dengan kemenangan 3-0 ke atas seteru utama Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.
Selepas musim pertama David Moyes di Old Trafford, United hampir pasti terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah untuk pertama kali sejak 1995.
Liverpool naik ke tangga kedua, empat mata di belakang pendahulu liga Chelsea serta bermain kurang satu perlawanan, selepas Gerrard menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34 selepas Rafael da Silva menyentuh bola dan pada minit ke-46 selepas Phil Jones mengasari Joe Allen.
Bagaimanapun, sepakan penalti ketiga Gerrard terkena tiang selepas Nemanja Vidic dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang kerana menjatuhkan Daniel Sturridge pada minit ke-78 sebelum Suarez melengkapkan kemenangan pada minit ke-84. – AP
0 comments:
Post a Comment