Dubai – Arab Saudi mendesak Qatar menutup agensi berita Al-Jazeera dan dua organisasi lain pada mesyuarat terbaru Lembaga Kerjasama Teluk (GCC), menurut sumber yang terbabit dalam perjumpaan itu.
Riyadh menuntut penutupan penyiar Arab serta Pusat Toleransi Doha dan Pusat Penyelidikan dan Kajian Polisi Arab, kata sumber berkenaan.
Panggil pulang duta
Selepas mesyuarat GCC pada 5 Mac lalu yang dilaporkan panas; Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)memanggil balik duta mereka dari Qatar yang dituduh campur tangan dalam hal ehwal dalaman serta menyokong Ikhwanul Muslimin.
Sumber itu berkata, Menteri Luar Arab Saudi, Saud Al Faisal menuntut tiga perkara daripada Doha iaitu “menutup rangkaian Al Jazeera (milik Qatar) kerana menghasut, menutup pusat penyelidikan di Doha dan menyerahkan semua pelarian” di wilayahnya.
Sumber sama berkata Menteri Luar Qatar bertindak balas dengan menyatakan bahawa tuntutan itu “mengganggu hal ehwal dalaman Qatar. – AFP
0 comments:
Post a Comment