Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

PASIR PUTEH – Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera parah dan melecur pada bahagian muka dan badan akibat disimbah asid oleh rakan yang dikenalinya ketika berada di gerai burger di Kampung Banggol Pak Esah di sini, malam kelmarin.

Rakan mangsa, pelajar tingkatan dua, Tuan Zulashraf Tan Yaakob, 14, yang duduk di atas motosikal turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka, bahu dan betis akibat terkena percikan simbahan asid dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Bendang, Bukit Abal, dekat sini didatangi seorang lelaki yang dikenali mereka dengan motosikal yang membawa botol kaca berisi cecair.

“Suspek membuka tudung botol dan terus menyimbah asid ke arah mangsa dan percikannya turut terkena pada rakan mangsa.

“Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk rawatan segera dan kemudiannya mangsa berusia 22 tahun terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan muka,” katanya.

Mohd Kamal berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara salah seorang mangsa dengan suspek yang berkemungkinan bermotifkan dendam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan polis yang sudah mengenal pasti identiti suspek kini menjalankan gerakan memburunya.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya.

Tuan Zulashraf yang dibenarkan keluar dari HTA Pasir Puteh semalam berkata, pada mulanya dia menyangka suspek ingin menikmati minuman ‘Sarsi Kelantan’ ketika menghampiri mereka.

“Dia (suspek) seperti sedang membuka tudung botol minuman dengan menggunakan gigi dan riak wajahnya tidak menunjukkan kemarahan tetapi tiba-tiba menyimbah cecair dari botol berkenaan.

“Saya hanya menyedarinya apabila terasa bahang kepanasan apabila kulit dahi, lengan baju pada bahagian bahu saya hangus berasap dan betis saya melecur dengan tiba-tiba dan kami kemudiannya melarikan diri tetapi masih terus dikejar suspek,” katanya.

Tuan Zulashraf berkata, dia melihat rakannya mengelepar dengan mukanya yang sudah banyak melecur serta urat tangannya yang semakin timbul selain baju pada badannya yang semakin berasap.

“Kami terpaksa menggunakan air buangan di dapur penduduk sebelum diberi bantuan bersihkan kesan asid menggunakan air bersih,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment