Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUANTAN – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru semua sekolah di Pahang supaya melaksanakan tanggungjawab membimbing generasi muda mencintai al-Quran.

Baginda bertitah institusi pendidikan memainkan peranan penting bagi melahirkan gererasi yang celik al-Quran iaitu dengan mewujudkan kelas hafazan al-Quran dan tarranum.

“Saya juga menyeru supaya menjadikan pembelajaran al-Quran sebagai salah satu daripada kokurikulam di sekolah bagi menarik minat remaja dan kanak-kanak untuk membaiki, membaca, menghafaz serta memahami al-Quran untuk dijadikan panduan hidup,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian di majlis penutup tilawah al-Quran peringkat negeri Pahang kali ke-57 di sini malam tadi.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam ucapannya berkata Pahang akan menjadi tuan rumah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 13 hingga 17 Mei depan.

Pada tilawah itu, imam Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya, Selangor yang mewakili daerah Jerantut, Ahmad Naeim Mohd @ Mat Isa, 27, merangkul johan qari dengan memperoleh 84.17 markah.

Wakil daerah Bera, Nur Hafizah Ahmad Tajudin, 26, yang merupakan guru agama sebuah sekolah di Negeri Sembilan dinobatkan johan qariah dengan memperoleh 84.33 markah.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan piala pusingan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment