Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

Johor Bahru – Seorang pemandu teksi rakyat tempatan dan enam warga asing ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen Johor di Plaza Tol Penawar, Kota Tinggi, petang semalam.

Dalam pemantauan jabatan berkenaan di plaza tol itu, kira-kira jam 5.20 petang berjaya mengesan sebuah teksi membawa enam warga asing.

Pemeriksaan lanjut mendapati enam warga Indonesia termasuk lima yang berhimpit di tempat duduk belakang teksi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan seorang daripadanya tinggal lebih masa.

Berikutan itu, kesemua warga asing berusi 24 hingga 44 tahun itu ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pemandu teksi berusia 31 tahun pula ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, siasatan mendapati warga asing terbabit dalam perjalanan ke satu lokasi lorong tikus di Pantai Pengerang, dekat sini, untuk menyusup keluar pulang ke Indonesia. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment