Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya, Jantan Osman akibat komplikasi pelbagai penyakit seperti gout, jantung, buah pinggang dan leukimia sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi Sinar Harian, isterinya, Datin Rohani Wahab, 53, meluahkan rasa terkilannya kerana hasrat Allahyarham untuk menunaikan umrah bersama-sama pada bulan ini tidak berjaya dilaksanakan kerana masalah kesihatannya itu.

“Sebelum dimasukkan ke wad (Selasa) keadaannya masih baik. Keadaan Allahyarham bertambah kritikal sejak dua hari yang lalu. Masa tu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal) dan doktor sudah memaklumkan kepada anak saya bahawa peluang Allahyarham untuk sembuh sangat tipis.

“Saya amat terkilan apabila hasrat Allahyarham untuk menunaikan umrah tidak tercapai dan permintaan terakhirnya untuk menikmati rendang ayam juga tidak dapat saya tunaikan kerana keadaannya sedang berpantang di hospital,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Shahrol menceritakan mengenai gurauan Allahyarham empat hari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Menurutnya, Allahyarham secara berseloroh berkata bahawa dia sudah berpuas hati dengan anak-anak dan kehidupannya serta boleh pergi dengan tenang.

Biarpun tidak sedap hati dengan gurauan itu, dia terpaksa menyembunyikan perasaannya di hadapan keluarga lain.

Apa pun, mari kita panjatkan doa agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Oleh: ELZA / SIAKAPKELI.COM

0 comments:

Post a Comment