Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) mempunyai kelebihan untuk mengambil alih pucuk pimpinan badan bola sepak negeri itu seandai ayahandanya, Sultan Ahmad Shah memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan.

Pandangan itu disuarakan bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad yang melihat kepimpinan Tengku Abdullah adalah penting kepada badan induk berkenaan untuk terus melangkah ke depan.

“Sepatutnya jika Presiden tidak bertanding, Timbalan Presiden adalah individu paling tepat mengambil alih. Tengku Abdullah mempunyai kelebihan berbanding calon lain sekiranya Sultan Ahmad Shah tidak mempertahankan jawatan terutamanya apabila berbicara mengenai aspek pengalaman di pentas antarabangsa,” kata Ibrahim yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM dari 2005 hingga 2007.

Tiga nama dicalonkan ahli gabungan FAM mengisi pucuk pimpinan badan induk berkenaan pada Mesyuarat Kongres Pemilihan FAM 25 Mei ini termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang juga Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Ahli gabungan perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya kerana Tengku Abdullah sudah mendapat pendedahan di pentas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment