“Dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya”.
Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh isteri Pramugara Kanan Wan Swaid Wan Ismail, Nur Laila Ngah yang kehilangan suaminya dalam tragedi MH370.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu disifatkan oleh isterinya sebagai seorang yang pendiam namun baik hati serta penyayang terhadap anak-anaknya.
Sementara itu, anak sulung Wan Swaid, Wan Amirul Haziq, 12, merindui saat-saat manis mereka adik beradik dengan ayahnya itu.
“Daddy pendiam, tak banyak cakap, dia tak suka marah-marah,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Haziq juga menyatakan keutamaannya kini adalah untuk sentiasa menyokong ibunya mengharungi kehidupan mendatang mereka sekeluarga.
Wan Swaid merupakan 12 daripada anak kapal serta 227 penumpang yang dilaporkan penerbangan mereka mengakhiri laluannya di selatan Lautan Hindi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin lalu.
Penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 12.41 pagi, 8 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment