Rasa-rasanya ramai yang sudah maklum akan displin kerja aktres Fasha Sandha yang sering kali dipuji tip top oleh pengarah dan rakan artis yang lain.
Terbaharu dikhabarkan Fasha telah meninggalkan lokasi penggambaran selepas tiga hari berturut-turut menunggu berjam-jam ketibaan pelakon lain yang turut digandingkan bersamanya dalam telefilem untuk siaran Aidilfitri kelak.
Menerusi laporan Berita Minggu, Fasha dikatakan benggang dengan sikap Amyra Rosli yang tidak menepati masa, bukan sehari tetapi tiga hari lamanya sehingga membuatkan pelakon senior itu naik angin.
Menerusi kiriman SMS, Fasha menyatakan, “hari-hari menunggu macam ni. Penat laa… Tolonglah hormat masa, hormat pengarah!. Saya memang tegas dalam soal displin dan displin juga penting dalam apa jua keadaan. Nak kerja dengan saya, kenalah ikut cara saya. Tapi, saya tunggu tiga jam di atas kelewatan setiap hari. Ini sudah melampau”!
Sebelum ini pun, Fasha pernah mempersoalkan masalah displin yang turut dihadapi Dazrin Kamaruddin ketika bersama-sama menjayakan drama bersiri Miranda.
Sementara itu, Fasha juga dilaporkan sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli.
Sebelum ini, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada 15 April tahun lalu.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment