Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

London – Seorang penjenayah berbadan besar dengan ketinggian 7 kaki 2 inci terlepas hukuman penjara selepas katil dan pakaian seragam penjara tidak muat dan terlalu kecil untuknya.

Jude Medcalf, 23,dari Newton Abbot, Devon, disabitkan dengan tuduhan mencuri.

Dia juga menghidap sindrom Klinefelter, iaitu penyakit yang menyebabkan dia mengalami pertumbuhan luar biasa dan masih membesar.

Medcalf menakutkan seorang wanita apabila dia mencuri wang sebanyak £30 untuk membeli hadiah krismas dan wang £20 daripada sebuah pejabat kerajaan, untuk minum teh.

Selain itu, dia juga mencuri makanan termasuk sejumlah besar steak dari sebuah pub.

Selepas menghabiskan masa selama 75 hari di penjara, dia terpaksa dibebaskan memandangkan tiada katil atau pakaian penjara yang muat dengannya.

Peguam belanya, William Parkhill, ketika berhujah memberitahu bahawa Medcalf tidak mampu menemui pakar sakit jiwa selepas dia disahkan menghidap penyakit berkenaan.

“Dia menghabiskan masa selama 74 hari di penjara dan menjadi sasaran dalam penjara,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment