Menurut portal www.1pengguna.com hari ini, di Cold Storage Mid Valley, di sini, harga makanan dalam tin itu dijual RM6.99 sementara di pasar raya Survey Sandakan, Sabah, harganya RM6.90.
Portal itu juga melaporkan ikan cencaru bersaiz sederhana dijual pada harga RM9 sekilo di Pasar Besar Segamat, Johor, sementara di pasar raya Nirwana Bandar Segamat pula dijual pada harga RM6.99 sekilogram.
Di Pasar Tanjung Bungah, Pulau Pinang pula menjual ikan cencaru dengan saiz dan kuantiti yang sama dijual pada harga RM8 sementara di Pasar Basah Tanjong Tokong pula harganya adalah RM9.
Sementara itu, pasar raya Tunas Manja, Kemaman, Terengganu, beras Super Jati TWR 5 peratus bagi bungkusan 10 kilogram dijual RM26.80 sementara di Giant, Kuantan, Pahang, harga makanan asas berkenaan dijual RM31.99 bagi 10 kilogram.
Di Negeri Sembilan, beras berkenaan dijual RM39.99 di Tesco Putra Nilai sementara di Giant Nilai pula dijual RM31.99, bagi jumlah yang sama.
Anggur merah berbiji di Tesco Rawang, Selangor pula dijual hanya RM11.99 sekilogram berbanding RM18 di Pasar Basah Bukit Sentosa.
Di Perak pula, anggur merah berbiji berharga RM16.90 sekilogram di AEON CO. (M) Sdn Bhd, Manjung, dan RM11 di Giant Manjung.
Portal itu juga melaporkan epal merah Washington bersaiz sederhana dijual RM1.30 sebiji di pasar raya Econsave, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sementara di Kelantan, buah berkenaan dijual 92 sen sebiji di Billion Kota Bharu berbanding RM2.05 di pasar raya Pacific Kota Bharu.
Menerusi aplikasi Pricewatch dalam portal itu, pengguna boleh merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.
Portal ini juga mempunyai forum dan blog yang boleh dimanfaatkan pengguna sebagai saluran alternatif untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan.- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment