Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Operasi ibu sawat telefon Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengalami gangguan perkhidmatan dari 17 hingga 24 Mac ini.

HKL dalam satu kenyataan media memberitahu, gangguan itu berikutan kerja-kerja pembinaan blok parkir bertingkat di hospital berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa akan terdapat sedikit gangguan teknikal yang akan melibatkan bangunan ibu sawat telefon (Saluran Komunikasi PABX) HKL.

“Gangguan teknikal dijangka bermula dari pukul 9 malam pada 17 Mac 2014 hingga pukul 7 pagi pada 24 Mac 2014,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, HKL meminta orang ramai yang ingin berurusan dengan klinik atau jabatan di HKL supaya menggunakan talian terus.

Mereka yang mahu menyambung talian kepada klinik atau jabatan berkenaan pula diminta menghubungi talian 03-2615 5371, 03-2615 5372, 03-2615 5374, 03-2615 5375, 03-2615 5376 dan 03-2615 5377.

Justeru orang ramai yang ada sebarang kemusykilan atau mahu mendapatkan pertanyaan lanjut diminta menghubungi Kaunter Informasi dan Pertanyaan HKL di talian 03-2615 6361, 03-2615 6391 dan 03-2615 6393.

0 comments:

Post a Comment