Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 203 yang dikategori sebagai ‘sangat tidak sihat’ setakat 1 tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 12 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (113), Nilai (162), Port Dickson (113), Seremban (129) dan Tanjung Malim (113).

Lokasi lain ialah Banting dan Kuala Selangor, masing-masing dengan bacaan (162), Petaling Jaya (135), Shah Alam (132), Batu Muda (135), Cheras (123) dan Putrajaya (145).

Sementara itu, dua tempat menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Bandaraya Melaka (99) dan Sri Aman (96).

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Untuk maklumat lanjut dan bacaan IPU di tempat-tempat lain, orang ramai boleh merujuk kepada portal JAS di http://apims.doe.gov.my. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment