Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Selepas Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka di ibu negara, Negeri Sembilan, Melaka dan Putrajaya berkuatkuasa serta merta berikutan situasi jerebu di beberapa lokasi di seluruh negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata, perintah larangan itu berdasarkan peruntukkan di bawah Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001.

“Larangan pembakaran terbuka ini bagaimanapun terkecuali bagi pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril/barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Mereka yang melakukan pembakaran terbuka di kawasan terbabi boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Palanivel meminta semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

Justeru, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat pelaporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Alam Sekitar bagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan, melalui talian 03-8889 1972/ 1-800-88-2727 (JAS) atau talian 99 (bomba).

0 comments:

Post a Comment