Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Semua ahli keluarga penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 tidak lagi ditempatkan di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan media memberitahu, kesemua waris keluarga mangsa pesawat itu kini ditempatkan di lokasi yang ditetapkan oleh Malaysia Airlines (MAS).

“MAHB ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa lokasi Anjung Tinjau di Aras 5 KLIA tidak lagi digunakan sebagai pusat ahli keluarga dan `holdings area’ untuk MH370.

“Keluarga mereka kini ditempatkan di lokasi-lokasi yang ditetapkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Anjung Tinjau KLIA menjadi tempat berkumpul keluarga serta waris keluarga mangsa pesawat MH307 yang dilaporkan hilang sejak kejadian itu berlaku.

MAHB dalam pada itu meminta orang ramai yang mahu bersolat supaya berbuat demikian di tempat yang sewajarnya seperti di masjid atau tempat ibadah yang terdapat di KLIA.

0 comments:

Post a Comment