Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

TAWAU – Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terbukti dapat memberi manfaat kepada Malaysia kerana 160 negara yang mengamalkan sistem itu, berjaya melaksanakannya dengan baik, kata Ketua Kastam Tawau Yunos Tahir.

Beliau berkata antara negara yang mengamalkan sistem berkenaan ialah Indonesia, Thailand, Vietnam, China, Argentina, Australia dan New Zealand dan disebabkan pelaksanaan GST itu memberi manfaat kepada negara, rakyat seharusnya menyokong pelaksanaanya dan bukan menentangnya.

“GST adalah satu sistem percukaian yang menguntungkan rakyat kerana ia lebih efektif dan mesra pelanggan serta boleh mengatasi kelemahan yang terdapat dalam sistem percukaian sedia ada seperti cukai bertindih.

“Ia juga boleh mengatasi ketirisan hasil pemindahan harga dan dijangka meningkatkan pematuhan cukai, lebih mudah untuk ditadbir urus dan lebih rendah nilai kadar cukai berbanding sistem cukai sedia,” katanya pada Program Kesedaran Cukai GST di sini, hari ini.

Beliau juga berkata langkah kerajaan mengecualikan GST terhadap barangan keperluan asas seperti produk pertanian dan makanan asas amat dipuji kerana secara dasarnya GST memberi impak positif kepada golongan berpendapatan rendah.

Yunos berkata GST juga dapat membantu kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan dan syarikat yang kini hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu dan
GST adalah antara strategi reformasi dalam model ekonomi baharu yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi meningkatkan kewangan negara.

Mengulas mengenai program itu, beliau berkata ia bertujuan memberi penerangan terperinci mengenai GST dan usaha itu selaras dengan harapan kerajaan supaya semua lapisan rakyat memahami kebaikan GST sebelum ia dilaksanakan.

Jika penerangan cukup diberikan, rakyat akan dapat memahami apa itu GST dan secara tidak langsung dapat mengatasi kebimbangan pengguna mengenai pelaksanaannya pada 1 April 2015, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment