Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

Disebabkan ajaran Syiah dikhuatiri kian meresap dalam masyarakat Islam di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 telah mengeluarkan kenyataan bahawa ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengisytiharkan bahawa Pertubuhan Syiah Malaysia adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang pada 24 Julai 2013.

Susulan itu, Pemimpin Tinggi Syiah di Iraq, Syeikh Jalaluddin asy-Shoghir yang juga Ahli Parlimen di Baratha, Baghdad dirakam dalam satu ucapannya telah mengeluarkan kata-kata berbaur ancaman kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam ucapannya, Sheikh Jalaluddin merujuk pengharaman dan perisytiharan secara rasmi tentang kekafiran Syiah di Malaysia sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Seterusnya Sheikh Jalaluddin mempertikaikan Kementerian Luar Negeri Iraq yang tidak keluarkan sebarang tindakan balas atau pendirian berhubung isu ini seperti meminta penjelasan atau memberi teguran menerusi Kedutaan Malaysia.

Sheikh Jalaluddin turut dilihat sengaja menimbulkan isu syarikat Malaysia masih diberikan kontrak dan peluang perniagaan di Iraq meski pun selepas Kerajaan Malaysia mengkafirkan majoriti penduduk dan rakyat negara tersebut.

Paling membimbangkan, Sheikh Jalaluddin mendakwa tindakan perkafiran bakal menjurus kepada kepada pembunuhan dan menandakan tahap diplomasi yang hancur.

Turut dipertikaikan, ketiadaan sokongan daripada Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan negara Syiah bagi membetulkan ‘kezaliman’ yang telah dilakukan Kerajaan Malaysia.

Sesungguhnya, ucapan ini adalah berbahaya kerana ia dilihat bagai satu hasutan untuk masuk campur urusan negara berkaitan akidah rakyat.

Diharapkan, ia tidak akan dipanjangkan kerana apa yang dilakukan Kerajaan Malaysia adalah berkisar pada fahaman Syiah di negara ini yang setelah dikaji nyata menyimpang dari ajaran sebenar Islam. 

0 comments:

Post a Comment