Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

PHOENIX – Juli Inkster, juara major tujuh kali dengan 31 kejuaraan LPGA, akan mengetuai pasukan Amerika Syarikat (AS) ke Piala Solheim 2015.

Inkster yang mewakili pasukan AS sebanyak sembilan kali ke Piala Solheim, akan cuba membantu pasukannya merampas kembali piala itu selepas pasukan Eropah memenanginya dengan keputusan 18-10 pada Ogos tahun lalu di Kelab Golf Colorado.

Pasukan AS yang tewas dua kali berturut-turut dalam kejohanan dwi tahunan itu, masih mendahului Eropah 8-5 menjelang acara di St Leon-Rot, Jerman pada 18 hingga 20 September tahun depan.

“Pasukan AS akan bekerja keras bagi membawa balik piala itu,” kata Inkster. – AFP

0 comments:

Post a Comment